“Membina Kerjaya, Mencipta Masa Hadapan Bersama FELDA”
Terokai peluang kerjaya bersama FELDA melalui platform permohonan dalam talian yang moden, pantas dan mudah digunakan. Daftar akaun, lengkapkan profil, mohon jawatan yang bersesuaian dan ikuti setiap perkembangan permohonan di satu platform yang bersepadu.
Kerjaya bermula di sini. Masa hadapan dibina bersama FELDA.
Rujuk maklumat penting berkaitan pendaftaran akaun, carian jawatan,
penghantaran permohonan dan semakan status melalui Sistem MyKerjaya FELDA.
MyKerjaya FELDA ialah sistem permohonan
kerjaya secara dalam talian yang membolehkan pengguna
mendaftar akaun, melengkapkan profil, melihat kekosongan
jawatan, menghantar permohonan dan menyemak status permohonan.
Sistem ini boleh digunakan oleh individu yang berminat
untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan melalui
MyKerjaya FELDA, tertakluk kepada syarat kelayakan
bagi setiap jawatan.
Klik butang Daftar Pengguna dan lengkapkan
maklumat yang diperlukan. Pastikan alamat emel yang digunakan
adalah aktif kerana emel tersebut mungkin digunakan untuk
pengesahan akaun dan pemberitahuan permohonan.
Selepas berjaya mendaftar dan log masuk, lengkapkan profil
peribadi, maklumat akademik, pengalaman kerja, kemahiran
serta dokumen sokongan sebelum membuat permohonan jawatan.
Log masuk ke sistem dan buka menu jawatan kosong. Anda boleh
melihat senarai jawatan yang sedang dibuka serta menyemak
kelayakan, lokasi, skop tugas dan tarikh tutup permohonan.
Bantuan & Sokongan
Sebarang Pertanyaan Boleh Menghubungi Kami
Hubungi pihak FELDA sekiranya anda memerlukan
bantuan lanjut mengenai sistem dan permohonan.
Telefon
03-8744 4206 (Ibu Pejabat)
Emel
mykerjaya.felda.net.my
Alamat
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA
Tingkat 37, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11 Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia